Who's Who



Che Lah Eksekutif Cemerlang
Dari Kelantan

Rujukan: Lotfi Ismail, Tokoh Tokoh Cemerlang Malaysia 1, Kota Bharu, 2005, m.s. 13-16Re-edited By saah1708@gmail.com



Seorang anak Kelantan, nama lengkapnya Che Abdullah Mat Nawi anak ke-3 dalam keluarga 5 beradik, dilahirkan di Pasir Mas, Kelantan (16/06/1960) dari keluarga taat beragama. Bapanya, Mat Nawi Haji Bakar (Allahyarham) dan Ibunya, Che Rogayah Bt. Che Abdullah.


Che Abdullah memasuki gerbang perkahwinan pada tahun 1986. Isterinya Saleha Binti Yaacob (adik kepada Naib Canselor UM, Prof. Dato’ Dr. Hashim Yaacob) turut aktif di dalam syarikat perniagaan yang telah diasaskan oleh suaminya itu. Pasangan yang unggul ini kini telah dikurniakan 8 orang cahaya mata: 4 putera dan 4 puteri.



Anak perempuan yang sulung adalah pelajar pada Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM). Manakala anak lelaki (nombor 2) adalah pelajar pada Maahad Muhammadi (Sekolah terbaik di disini).